PROGRAM KHIDMAT BANTU KONFIGURASI SERVER VDI

Pihak Pusat Kegiatan Guru Pahi telah mengadakan Program Khidmat Bantu Konfigurasi Server VDI selama 2 hari dengan kerjasama daripada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan.Di antara sekolah yang terlibat di dalam Program ini adalah seperti berikut ;

1.Sekolah Kebangsaan Sungai Mengkuang

2.Sekolah Kebangsaan Sungai Sok

3.Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri

4.Sekolah Kebangsaan Lata Rek

Pautan bergambar program khidmat bantu konfigurasi server VDI

Pengisian Status Prosedur Dan Bandwidth 1Bestarinet Fasa 2

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Peringatan Mesra

Merujuk kepada tajuk seperti di atas,masih terdapat banyak lagi status 1Bestarinet Fasa 2 yang belum diisi.

Mohon kepada semua sekolah yang terlibat untuk mengambil tindakan segera bagi memudahkan pemantauan dan pelaporan status terkini 1Bestarinet Fasa 2.

Pihak sekolah boleh merujuk email rasmi sekolah masing-masing untuk pengemaskinian status 1Bestarinet Fasa 2.

Sebagai makluman tambahan, STATUS INI PERLU DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA bagi tujuan pelaporan status terkini.

Diharapkan segala kerjasama dari pihak sekolah dapat melancarkan proses pelaporan status ini.

Sekian terima kasih.

PUSAT KEGIATAN GURU PAHI

18000 KUALA KRAI

KELANTAN.

“TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI”

 

STATUS PENGISIAN SSQS 2016 PKG KG BEDAL

Assalamualaikum w.b.t

Dilampirkan bersama STATUS PENGISIAN SSQS 2016 SEKOLAH KELOMPOK PKG KAMPONG BEDAL bertarikh 14 Ogos 2016 tepat jam 2.34 petang.

 

Selamat Datang, PKG KAMPONG BEDAL
 

Berikut adalah senarai token bagi kumpulan berikut:

Bil
Kumpulan
Jumlah Selesai
Jumlah Belum Selesai
Jumlah Responden
1   Pentadbir
  5
22
2 Guru Perpustakaan Media (GPM)
9
22
3 Guru
 260
 333
 593
4 Murid
 221
 419
 640

 

JUMLAH RESPONDEN YANG TELAH MENJAWAB

Bil Sekolah Pentadbir GPM Guru Murid Jumlah Jumlah Semua Peratus
1  SK BANGGOL GUCHIL 0 1 30 0 31 62 50.00
2  SK BATU JONG 0 0 11 0 11 53 20.75
3  SK BATU MENGKEBANG 0 1 3 0 4 62 6.45
4  SK CHENULANG 0 0 22 0 22 62 35.48
5  SK PASIR KELANG 0 0 3 0 3 49 6.12
6  SK KAMPONG BEDAL 0 0 6 0 6 62 9.68
7  SK KUALA KRAI 1 1 30 30 62 62 100.00
8  SK KUALA NAL 1 1 15 30 47 47 100.00
9  SK PASIR GAJAH 0 1 26 25 52 62 83.87
10  SK TELKONG 0 0 0 2 2 62 3.23
11  SK KAMPONG TENGAH 1 1 30 11 43 62 69.35
12  SK SUNGAI EMBAK 1 1 30 30 62 62 100.00
13  SK SULTAN YAHYA PETRA (2) 0 0 5 0 5 62 8.06
14  SK BANDAR KUALA KRAI 0 0 14 30 44 62 70.97
15  SK SULTAN YAHYA PETRA(1) 0 0 1 0 1 62 1.61
16  SJK(C) YUK CHAI 0 0 18 26 44 52 84.62
17  SRJK(T) LADANG PASIR GAJAH 1 1 10 10 22 22 100.00
18  SMK KEROH 0 0 1 17 18 62 29.03
19  SMK KUALA KRAI 0 1 1 0 2 62 3.23
20  SMK MENGKEBANG 0 0 1 0 1 62 1.61
21  SMK SULTAN YAHYA PETRA 2 0 0 1 8 9 62 14.52
22  SMK BANDAR KUALA KRAI 0 0 2 2 4 62 6.45

STATUS PENGISIAN SSQS 2016

Assalamualaikum w.b.t

Dilampirkan bersama STATUS TERKINI PENGISIAN SSQS 2016 bertarikh 14 ogos 2016 tepat jam 2.22 petang.

 

Selamat Datang, PKG PAHI
 

Berikut adalah senarai token bagi kumpulan berikut:

Bil
Kumpulan
Jumlah Selesai
Jumlah Belum Selesai
Jumlah Responden
1   Pentadbir
  14
25
2 Guru Perpustakaan Media (GPM)
17
25
3 Guru
 319
 273
 592
4 Murid
 332
 404
 736

 

JUMLAH RESPONDEN YANG TELAH MENJAWAB

Bil Sekolah Pentadbir GPM Guru Murid Jumlah Jumlah Semua Peratus
1  SK LADANG TAKU 0 0 0 0 0 28 0.00
2  SK SUNGAI SOK 0 0 10 0 10 51 19.61
3  SK LELA JASA 1 0 0 0 1 46 2.17
4  SK LATA REK 0 1 24 0 25 62 40.32
5  SK MANEK URAI BARU 1 1 18 0 20 62 32.26
6  SK KAMPONG KARANGAN 0 1 7 0 8 45 17.78
7  SK LALOH 1 1 15 14 31 62 50.00
8  SK MANEK URAI 0 1 0 0 1 62 1.61
9  SK PAHI 0 1 2 12 15 62 24.19
10  SK PEMBERIAN 0 0 4 30 34 45 75.56
11  SK PERIA 1 1 30 24 56 62 90.32
12  SK TEMALIR 1 1 24 30 56 56 100.00
13  SK PASIR LINGGI 1 1 15 30 47 47 100.00
14  SK SUNGAI PAS 1 1 25 30 57 57 100.00
15  SK CHUCHOH PUTERI 1 1 23 30 55 55 100.00
16  SK BAHAGIA 1 1 12 30 44 44 100.00
17  SK SUNGAI MENGKUANG 0 1 10 21 32 45 71.11
18  SK SG SAM 1 1 30 17 49 62 79.03
19  SMK MANEK URAI 0 0 0 0 0 62 0.00
20  SMK PAHI 1 1 30 30 62 62 100.00
21  SMK LALOH 0 0 0 0 0 62 0.00
22  SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 0 1 1 1 3 62 4.84
23  SMU(A) DARUS SALAM 1 0 1 1 3 56 5.36
24  SMU(A) SAADATUL QURA 1 1 27 30 59 59 100.00
25  KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI 1 0 11 2 14 62 22.58

BTPN Kelantan di talian 012 – 9530650

 

Sekian,terima kasih,

 

YANG MENJALANKAN TUGAS

AHMAD KHAIRI ABU BAKAR

JURUTEKNIK KOMPUTER FT19

PUSAT KEGIATAN GURU PAHI

18000 KUALA KRAI, 

KELANTAN.

 

TAKLIMAT KHAS DARI FROGASIA KE SK MANEK URAI BARU

Ahad 19 Julai 2016 – Pihak Frogasia ke SK Manek Urai Baru memberi taklimat berkaitan penggunaan VLE kepada Guru dan Pentadbir Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru untuk memberi pendedahan berkaitan VLE yang terkini.

SKMANEKURAIBARU
En.Hanif dari Frogasia sedang memberi taklimat berkaitan penggunaan VLE kepada Guru dan Pentadbir.

 

Para guru dan pentadbir sedang mendengar taklimat daripada pihak Frogasia
Para guru dan pentadbir sedang mendengar taklimat daripada pihak Frogasia.

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2016

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah KPM Negeri Kelantan.

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2016 

Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas dan surat rujukan KP(BTP-PPSB)8817/3/4/ Jld.3(25) bertarikh 27 Mei 2016 adalah berkaitan.

2. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta melaksanakan penarafan pembestarian menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS)  secara atas talian oleh semua responden mengikut kategori sekolah YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bermula 15 Julai 2016 hingga 30 Ogos 2016 bagi peringkat Negeri Kelantan.

3. Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dipertanggungjawabkan untuk mengurusetia pelaksanaan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS). Bagi Negeri Kelantan, kami telah menyediakan platform pengisian SSQS secara atas talian. Sila klik pada  pautan online berikut http://ssqs.btpnkel.edu.my/ . Sebagai panduan, sila klik URL berikut sebagai rujukan : PANDUAN PENGISIAN SSQS 2016 – SILA KLIK

4. Kerjasama dan tindakan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat dihargai serta diucapkan dengan jutaan terima kasih. Makluman lanjut berhubung perkara ini boleh dipohon dari Pegawai Teknologi Pendidikan PKG bagi sekolah kelompok masing-masing atau En. Mohd Asri Mohd Zawawi, Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan di talian 019 – 9814672.

Sekian.

PUSAT KEGIATAN GURU PAHI
18000 KUALA KRAI,
KELANTAN.

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION(DST) PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Assalamualaikum wbt,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Kelantan

Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan akan mengadakan Pertandingan Digital Storytelling Animation 2016 Peringkat Kebangsaan, Sehubungan dengan itu dilampirkan bersama maklumat berkaitan Pertandingan Digital Storytelling Animation 2016 (DST) Peringkat Kebangsaaan. Pihak Sekolah juga boleh merujuk email rasmi sekolah masing-masing untuk rujukan dan panduan bersama.

Borang Penyertaan DST2016

Storyboard Template

 

Sekian terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

 

PUSAT KEGIATAN GURU PAHI

18000 KUALA KRAI,

KELANTAN.

 

KEBENARAN MENJALANKAN PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN PERALATAN KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS) DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 
Pengetua / Guru Besar 
Sekolah berkenaan
 
Tuan/ Puan,
 
KEBENARAN MENJALANKAN PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN PERALATAN KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS) DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Untuk makluman tuan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju dengan Yayasan Astro Kasih akan melaksanakan projek Kampus Astro bersama Komuniti Sekolah (KABKS) bagi menyokong matlamat dan usaha KPM untuk membawa kandungan dan pengalaman holistik kepada murid-murid.
 

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami telah emailkan bersama surat berkenaan melalui email rasmi sekolah masing-masing untuk makluman dan rujukan pihak sekolah. Senarai sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program KABKS ini boleh diakses di portal BTP http://(http://www.moe.edu.my/btp/2).

Pautan untuk mengakses instrumen yang yang perlu diisi disertakan dalam 
memo dalaman daripada BTP; 
 
Kerjasama dan komitmen tuan dalam menjayakan program ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian terima kasih,
 
PUSAT KEGIATAN GURU PAHI
18000 KUALA KRAI 
KELANTAN.
09-9770043

LAWATAN PEMANTAUAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

LAWATAN PEMANTAUAN PEMBESTARIAN SEKOLAH
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah berkenaan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Perkara di atas adalah yang dirujuk.
 
Untuk makluman pihak tuan, BTPN Kelantan akan menjalankan pemantauan ke sekolah bagi tahun 2016. Masa dan tarikh akan ditetapkan melalui panggilan telefon ke sekolah tuan.
 
Bersama ini dilampirkan bersama surat makluman lawatan  untuk rujukan dan tindakan awal dari pihak tuan.Pihak kami juga telah emailkan surat makluman, instrumen pemantauan pembestarian dan rubrik markah melalui email rasmi sekolah masing-masing untuk panduan dan rujukan awal pihak tuan.
Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA”
Pusat Kegiatan Guru Pahi
18000 Kuala Krai,
Kelantan Darul Naim.

PROGRAM MALAYSIA NGAJI 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PELAKSANAAN PROGRAM MALAYSIA NGAJI 2016 PERINGKAT BTPN DAN PKG KELANTAN
 
Sukacita dimaklumkan bahawa BTPN dan PKG Kelantan akan mengadakan program di atas pada 29 Jun 2016, jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang, bertempat di premis masing-masing. BTPN Kelantan akan melaksanakannya di Musalla BTPN. Program ini akan diadakan serentak di seluruh negara.
 
2. Sehubungan itu, semua pegawai dan kakitangan BTPN Kelantan dijemput hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan di atas. Manakala pelaksanaan di PKG dikelolakan oleh PKG masing-masing. Bersama ini disertakan senarai agihan 30 juzuk Al-Quran mengikut PKG masing-masing dan BTPN.
 
3. Atur cara program di BTPN sepertimana berikut :
 
11.45 pagi     : Semua pegawai dan staff berkumpul di Musalla BTPN
12.00 t/hari : Taklimat pelaksanaan oleh Ustaz Khairul Anuar Husin
                       : Program #Malaysia Ngaji 2016 berjalan
                       : Ucapan Penutup oleh KPP
1.00 t/hari   : Program selesai
1.15 t/hari    : Solat zohor berjemaah
 
4. Semoga tuan/puan tidak menguzurkan diri. BTPN dan PKG diminta memuat naik gambar-gambar program di facebook masing-masing dengan menggunakan #MalaysiaNgaji, #KelantanNgaji dan #namajabatanNgaji.